Custom Search
Showing posts with label Malay. Show all posts
Showing posts with label Malay. Show all posts

Wednesday, July 23, 2008

Menulis Untuk Jadi Kaya 2

Bukan mudah untuk menulis. Tidak semudah yang disangka. Perkara utama untuk menjadi penulis adalah semangat dan motivasi. Untuk menulis anda perlu ada motivasi untuk meneruskan dorongan untuk terus menulis. Bagi saya motivasi untuk menjadi kaya bukan satu yang kuat untuk terus menulis. Kita perlukan satu motivasi yang datang dari rasa ikhlas. Satu sebab utama mengapa saya menulis adalah kerana mahu berkongsi ilmu.

Motivasi Kenapa Menulis

Saya mahu berkongsi ilmu dengan menulis dan apa yang ditulis akan dibaca dan diamalkan oleh ramai orang. Dengan kongsikan ilmu, harapan saya, ramai lagi yang akan menulis dan menjadi kaya. Dengan mengetahui ramai yang menjadi kaya kerana penulisan saya merupakan satu kepuasan yang tiada gantinya.

Memang susah untuk mula menulis. COntohnya saya yang biasa menulis pun menghadapi masalah untuk menulis. Idea dan apa yang hendak ditaip sudah bermain dan sudah disusun dalam kepala, namun apabila hendak ditaip, jari-jari ini susah untuk menaipnya. Namun apabila teringat motivasi mengapa saya menulis, paksakan diri untuk bangun pukul empat pagi untuk menaip tulisan saya.

Idea Untuk Menulis

Idea untuk menulis bukan senang pada awalnya. Sebenarnya sekeliling kita boleh dijadikan idea untuk menulis. Pengalaman kita sendiri boleh dijadikan bahan penulisan. Hobi kita boleh dijadi bahan untuk menulis. Apa yang kita baca dan apa yang kita lihat boleh dijadikan bahan penulisan.

Jangan bayangkan anda perlu menulis panjang. Anda yang hanya tetapkan diri anda untuk menulis sekurangnya lima puluh patah perkataan atau lima baris satu dan perenggan sudah cukup. Setiap hari, anda tulis dan terus letakan dalam blog anda di Internet. Lama-kelamaan, cebisan catatan anda akan menjadi satu penulisan yang panjang.

Jangan risaukan tentang tatabahasa atau nahu atau perkataan yang digunakan. Anda boleh betulkan bila berkesempatan atau penulisan anda boleh bersahaja dan santai. Yang penting penyampaian apa yang hendak anda sampaikan.

Artikel Sebelum ini

Aplikasi Percuma dan Sumber Terbuka untuk Vista
http://www.harisfazillah.info/sumberterbukauntukmicrosoftvista

Virtualization Gabungkan Pelbagai Sistem Operasi
http://cikgucyber.blogspot.com/2008/06/virtualization-gabungkan-pelbagai-os.html

Nama Domain Perlu Dimiliki Oleh Semua Orang
http://www.tipswanita.com/Computers/Nama_Domain_Perlu_Dimiliki_Oleh_Semua_Orang/

Netika Dunia Internet
http://cikgucyber.blogspot.com/2008/03/netika-dunia-internet.html

Ikuti catatan saya di

http://cybermoney2u.blogspot.com/

dan juga bagi perkara komputer dan Internet Malaysia di

http://cikgucyber.blogspot.com/

Wassalam.

Harisfazillah Jamel linuxmalaysia hafnie hafija

Bagi kemas kini terbaru anda dijemput untuk sertai senarai terhad email di
http://groups.yahoo.com/group/haris/

22 Julai 2008

Bukan Sekadar Internet Sahaja. Nantikan ia dipasaran ...
http://blog.harisfazillah.info/

This work is licensed under the Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License. To view a copy of this license, visit http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/2.5/my/ or send a letter to Creative Commons, 543 Howard Street, 5th Floor, San Francisco, California, 94105, USA.

--- Iklan ---

Iklankan perkhidmatan dan barangan anda di PutraOnline.com
http://directory.putraonline.com/

Tipswanita.com Portal Rujukan Wanita Malaysia
http://www.tipswanita.com/

Monday, July 14, 2008

Jika Anda Mahu Kaya Menulislah

Jika Anda Mahu Kaya Menulislah

http://cybermoney2u.blogspot.com/

Banyak diperkatakan tentang mencari duit dan wang di Internet. Perkara paling utama sebenarnya yang anda seharus lakukan adalah menulis dengan bertujuan untuk berkongsi ilmu dan pengalaman. Setiap daripada kita mempunyai ilmu dan pengalaman yang boleh dikongsikan dengan ramai orang. Dengan kemudahan Internet perkara ini boleh dilakukan dengan mudah dan ia bakal dibaca bukan setakat beribu malah berjuta-juta orang.

Jika Anda Mahu Kaya, Menulislah

http://cybermoney2u.blogspot.com/

Maka, luahkan masa untuk mengambil pen dan kertas atau anda terus menulis didalam blog anda sendiri di Internet. Seperti saya dalam menulis artikel ini, terus membuka "Text Editor" atau aplikasi penulisan bersesuaian seperti OpenOffice.org dan terus menaip artikel Jika Anda Mahu Kaya, Menulislah.

Sudah tentunya anda tertanya-tanya, bagaimana mahu bermula. Malah ada diantara anda yang sedang membaca artikel Jika Anda Mahu Kaya, Menulislah ini tidak tahu blog. Sama ada anda tahu atau perkara yang paling penting adalah untuk terus mengambil langkah bermula. Bukan esok, bukan selepas tidur atau sejam lagi. Lakukan ia sekarang, lakukan sebaik sahaja habis membaca artikel ini. Menulislah untuk menjadi kaya.

Saya akan kongsikan ilmu mencari wang dan Internet melalui blog

http://cybermoney2u.blogspot.com/

Itu pun jika anda mahu kaya.

Sertai rangkaian email

http://groups.google.com.my/group/cybermoney2u

http://asia.groups.yahoo.com/group/smsbimbit

Tuesday, February 27, 2007

Bermain Saham Dan Forex Alexa Ranking

Bermain Saham Dan Forex Alexa Ranking

Bagi anda yang sering tertanya bagaimana permainan saham atau forex melibatkan duit dilakukan sila daftarkan diri anda di

http://alexadex.com/ad/index.fcgi?ref=6221

Dalam permainan saham atau forex ini, ia menggunakan data Alexa untuk membuat penilaian sesebuah laman web. Anda beli dengan harga semasa dan kemudian menjual pada harga yang akan menguntungkan anda.

Wang dalam permainan ini hanyalah wang permainan sahaja. Anda akan diberikan sebanyak 10,000 maka belilah sebanyak mana yang anda mampu.

Semakin tinggi hits laman semakin naik saham.

Cubalah di

http://alexadex.com/ad/index.fcgi?ref=6221

Jangan lupa membeli saham

http://www.wanita.us/

Terima kasih.

Monday, February 26, 2007

Iklan AdBrite Sebagai Sumber Wang

Iklan AdBrite Sebagai Sumber Wang

Dengan membina laman web atau menulis blog, anda sudah ada peluang untuk berbuat sesuatu agar laman web atau blog tersebut boleh menjana wang dan pendapatan.

Jika anda selalu membaca mengenai jutawan Internet, tentang mereka yang mendapat banyak wang dan menjadi kaya kerana membina laman web atau blog. Apa yang anda dengar itu memang benar. Namun begitu setiap kebenaran ada pahitnya. Hanya segelintir sahaja yang mampu berjaya dan menjadi jutawan Internet dan mendapat duit Internet dan ramai pula yang kecewa.

Apa yang ditulis ini hanya sebagai panduan untuk mendapatkan wang dan menjadi jutawan Internet dan berjaya di Internet. Namun begitu ada juga yang berjaya tidaklah sampai menjadi jutawan. Duit yang mereka dapat boleh untuk membayar laman web. Ada yang mampu untuk membayar bil-bil yang penting dan belanja rumah sedikit.

Apa yang penting adalah usaha dan ini bukanlah skim cepat kaya. Melibatkan diri dalam usaha ini bukan sebuah rancangan 'get rich program'. Ia adalah satu usaha pembelajaran dan mendapatkan pengalaman untuk jangka masa panjang. Ia ibarat sebuah perniagaan yang ada jatuh bangunnya. Berkat usaha tidak mustahil anda boleh menjadi jutawan Internet.

Pendapatan yang dinyatakan di sini adalah melalui pengiklanan. Pengiklanan yang mencecah jutaan dolar di Amerika Syarikat dan di Malaysia ia turut mencecah jutaan ringgit. Usaha anda pula adalah melalui penayangan iklan di Internet.

Pengiklanan di Internet umpama papan-papan iklan yang dilihat di sepanjang jalan. Papan iklan ini di pasang agar pemandu-pemandu kereta dapat melihat ruang iklan yang dibeli oleh pengiklan dan bagi sebuah laman web, pelawat inilah pemandu-pemandu ini, setiap klik pada iklan akan diberikan perkongsian untung dalam

Bagi laman web atau blog iklan yang di pasang adalah dalam bentuk teks atau grafik dalam segi empat khusus yang diletakkan dalam muka laman di kedudukan tertentu.

Iklan AdBrite adalah di antara pengiklan yang menyediakan kemudahan pengiklanan ini. Jika anda berminat untuk menyertai Adbrite sila klik pada banner di bawah untuk mendaftar menjadi pengiklan Iklan AdBrite. Pastikan anda telah menyediakan tapak laman dahulu.

Bagi pembaca email sila klik link artikel ini







untuk mendapatkan artikel ini di Internet dan cari banner "Joint AdBrite" untuk mendaftar. Bagi anda yang sedang membaca blog ini sila klik banner dibawah.

Anda perlu ada pengetahuan html untuk memasukkan kod tersebut di dalam tapak laman.

Jika anda mahir atau tidak mempunyai tapak laman yang sesuai, gunakanlah kemudahan blogger di http://www.blogger.com/. Daftarkan blog anda dan gunakan kemudahan ini untuk mencatat perjalanan hidup anda, berkongsi pengalaman dan ilmu. Catatan ini jika dihasilkan sendiri, lebih unik dan akan lebih tinggi "ranking" di Iklan.

Dicadangkan tapak laman dan catatan dalam blog adalah dalam bahasa Inggeris. Mula daftar Iklan AdBrite memerlukan laman web dan blog dalam bahasa Inggeris.

Contoh-contoh blog yang boleh anda lihat untuk dijadikan contoh :





Anda boleh gunakan kod Iklan AdBrite di mana-mana laman web milik anda dan tidak semesti pada laman web yang ada daftarkan.

pengiklanan hanya berkesan apabila ada pelawat datang dan melihatnya. Dianggarkan sekitar kurang dari satu peratus pelawat yang melihat iklan Iklan AdBrite akan klik pada iklan yang dipaparkan.

Ini bermaksud anda perlu ada ramai pelawat jika mahu mendapat hasil. Cara yang terbaik untuk mendapat pelawat yang ramai adalah dengan memperbanyakkan bahan dan tulisan yang bermutu di tapak laman atau blog anda.

Bahan-bahan perlulah asli dan tersendiri. Apa yang paling mudah adalah menulis pengalaman seharian. Mungkin ada yang anda lakukan boleh dikongsikan bersama. Kaki pancing boleh menulis tentang jenis-jenis ikan dan pengalaman semasa memancing. Begitu juga dengan pengetahuan atau ilmu yang anda ada, ia boleh ditulis di tapak laman atau blog anda.

Dicadangkan menulis dalam bahasa Inggeris kerana iklan AdBrite banyak dalam bahasa Inggeris. Jika menulis dalam bahasa Inggeris melambatkan usaha, anda boleh membina dua blog berasingan satu khusus dalam bahasa Inggeris dan satu lagi dalam bahasa Melayu atau ibunda. Bila ada masa terluang,terjemah apa yang telah anda tulis ke dalam bahasa Inggeris.

Sudahkah anda daftarkan diri anda dengan Iklan AdBrite? Klik banner di bawah untuk pendaftaran atau bagi pembaca email lawat laman web




Sudahkah kod-kod Iklan AdBrite dimasukkan ke dalam tapak laman anda? Dapatkan bantuan jika anda perlukannya. Ambil contoh bentuk laman web di bawah

Penuhi dahulu tapak laman atau blog anda dengan bahan-bahan yang asli, menarik dan tersendiri.

Promosikan tapak laman dan blog anda kepada rakan-rakan. Antara cara promosi yang terbaik adalah dengan menyertai Malaysian Internet Social Networking Project dan Asian Dating Zone di


Bagi anda yang berminat boleh gunakan kemudahan di Senserely.com bagi berkongsi trafik dan pengisian di mana tanpa perlu ada laman web, anda hanya perlu blog pengisian yang bermutu, maka trafik akan dikongsi sama rata antara semua yang berdaftar. Jika anda yang membawa trafik anda akan mendapat kelebihan. Rujukan sambungan laman web dibawah untuk pendaftaran dan maklumat lanjut.


Bertindak sekarang. Penuhkan blog anda dan daftar di Iklan Adbrite dan Google Adsense, mana tahu suatu hari nanti anda salah seorang jutawan Internet hasil dari usaha ini.

Artikel menarik yang lain

Kenapa Anda Perlukan Coklat

Jimat Wang Dalam Penggunaan Minyak Kereta

Google Adsense untuk wanita Satu lagi cara mendapatkan wang di Internet

Sidang Pengarang Wanita Dot Us.


04Feb2007

Untuk tidak ketinggalan artikel dan tips yang berilmu dan menarik


Atau hantarkan email kosong kepada


This work is licensed under the Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License. To view a copy of this license, visit http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/2.5/my/ or send a letter to Creative Commons, 543 Howard Street, 5th Floor, San Francisco, California, 94105, USA.


Blog Wanita Melayu

This blog is written by Wanita Melayu to share information and knowledge about Wanita Melayu. All articles and tips are written in bahasa Melayu. If you like Wanita Melayu or want to share information with wanita melayu just visit all the links below.

Popular Posts

Tags

Affiliate (15) adsense (12) Money online (9) refferal program (7) Affiliate Program (6) Cybermoney2u (6) Malaysia (6) Affiliate Marketing (5) Internet Business (5) duit (5) forex (5) wang (5) Blog (4) Internet Tools (4) Keywords Of The Day (4) Keywords_Of_The_Day (4) Malay (4) Affiliate Network (3) Articles (3) Earn Money (3) Expensive Keywords (3) Google Adwords (3) Niche Marketing (3) SEO (3) adbrite (3) blog advertisment (3) jutawan (3) make money online (3) profit potential (3) wiki (3) Android (2) Bank Negara Malaysia (2) Best Forex (2) BidVertiser (2) Domain Name (2) Extra Internet Income (2) Forex Education (2) Forex Trading (2) Internet Marketing (2) MSC Malaysia OSCONF (2) Making Money (2) MoneyBookers (2) Niche (2) Online Business (2) Pay-Per-Click (2) Revenue Sharing (2) Scams (2) Spammer (2) Trade (2) Wikidot (2) free traffic (2) money market (2) 1CEMAS (1) AdToll (1) Adster (1) Adverlets (1) Affiliate Mistakes (1) Affiliate Traffic (1) Amazon.com (1) BBM (1) BNM (1) BlackBerry (1) BlackBerry Messenger (1) Blogger (1) Broadband (1) Business card (1) ChurpChurp (1) Competitive (1) Conference Call (1) Debt (1) English (1) Facebook (1) Fraunds (1) Google Adsense (1) Honeypot (1) ICE (1) Introduction (1) Link Exchange (1) Maxis (1) Melayu (1) Mobile (1) Paypal (1) SEO Tips (1) Scammer (1) Shortner (1) Sitemap (1) Software (1) Structured Settlement (1) Tips Kaya (1) Training (1) URL (1) Virtual Currency (1) Virtual Money (1) Website (1) aStore (1) alexa (1) blogging (1) broker (1) domains (1) egold (1) foreign exchange (1) home business (1) hosting (1) java games (1) linkshare (1) mono (1) motivations (1) nuffnang (1) online payment (1) polyphonic (1) raya card (1) realtone (1) ringtones (1) says.my (1) search engine optimization (1) share (1) sms (1) smsbimbit (1) time (1) tipswanita (1) topup (1) trutone (1) wallpapers (1)