Wang Internet Untuk WanitaArtikel ini di Internet
http://www.wanita.us/adsense-wanita.phpRamai antara kita terutama golongan wanita yang menulis di Internet sama ada melalui Blog atau laman web sendiri. Mengapa tidak ambil kesempatan daripada penulisan anda untuk menjanakan sedikit pendapatan dan wang.
Adsense merupa satu perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat Google yang membolehkan mana-mana laman web yang sesuai dan memenuhi syarat, menayangkan iklan yang berkaitan dengan pengisian laman dan kemudian mendapat pembayaran hasil klik yang benar pada iklan.
Iklan Adsense datang daripada perkhidmatan pengiklanan Adwords yang juga daripada syarikat Google.
Syarikat Google melalui enjin cariannya di
http://www.google.com/ merupakan laman web carian yang paling banyak digunakan. Adwords pula menawarkan cara pengiklanan yang mudah dan murah. Manakala Adsense memberikan peluang kepada pemilik laman web untuk mendapat sedikit wang atau duit, bahagian hasil pembayaran di Adwords.
Sama ada anda sudah mempunyai atau tidak, blog atau laman web, yang paling penting adalah menulisnya dalam bahasa Inggeris. Ini adalah kerana kebanyakan iklan dalam Adwords yang ditayangkan di Adsense adalah dalam bahasa Inggeris.
Adsense menayangkan iklan berdasarkan isi kandungan muka laman. Sekiranya muka laman mengenai Malaysia hanya iklan berkaitan dengan Malaysia sahaja akan ditayangkan.
Mempunyai isi kandungan laman yang bermutu dan tersendiri adalah penting dalam mendapatkan iklan yang baik dan bermutu. Ia turut memberikan nilai carian yang tinggi sekiranya artikel atau isi kandungan laman tidak dapat dimana-mana di Internet.
Pengguna Internet mahukan maklumat yang benar dan berguna. Kongsikan pengalaman dan ilmu anda. Kongsikan perjalanan hidup anda. Yang penting karya anda asli. Jangan ciplak.
*** Bagaimana hendak bermula dengan Adsense? ***Sediakan laman web atau blog dalam bahasa Inggeris. Sekiranya anda sudah mempunyai blog atau laman web anda sendiri, usahakan satu yang lain, terjemahkan isi kandungan atau tulis yang lain. Yang penting dalam bahasa Inggeris.
Setelah mempunyai laman atau blog dalam bahasa Inggeris dan isi kandungan sudah lebih lima muka laman, barulah memohon untuk menyertai Adsense. Adsense mementingkan isi kandungan, pengisian yang berguna dan hasil tulisan asli. Penilaian akan dibuat sebelum akaun permohonan Adsense diluluskan. Baca syarat-syarat permohonan dengan teliti.
Link dan banner permohonan Adsense boleh didapatkan disini
http://www.wanita.us/adsense.phpPastikan anda menggunakan alamat email yang sesuai dan kekal. Jika menggunakan email web di
http://www.gmail.com/ adalah baik kerana ia akan diselaraskan dengan semua perkhidmatan Google.
Bagi anda yang tidak mempunyai laman sendiri, anda boleh gunakan perkhidmatan
http://www.blogger.com/ sebagai permulaan. Terdapatkan konfigurasi atau "Setting" untuk masukkan kod Adsense. Daftar dan isikan blog anda, barulah mendaftar dengan Adsense.
- Apabila akaun Adsense anda diluluskan, kod Adsense perlu dimasukkan dalam setiap muka laman anda. Bagi yang menggunakan
http://www.blogger.com/ kemudahan kemasukkan sudah sedia ada. Baca panduan berapa banyak jenis kod yang boleh dimasukkan. Secara ringkas 3 kod Text ads, 1 kod link ads dan 2 borang carian Google.
- Usaha yang paling penting adalah selalu menulis dan kembangkan laman web anda. Masukkan pengisian yang asli dan bermutu. Anda boleh ceritakan pengalaman seharian anda dan perkara yang menjadi hobi dan minat.
Anda boleh membuka satu lagi laman dalam bahasa Melayu. Kod akaun Adsense anda kini boleh digunakan dimana-mana laman web yang sesuai dan memenuhi syarat tanpa perlu memohon akaun lain. Anda boleh menulis dahulu dalam bahasa melayu dan kemudian terjemahkan semula dalam bahasa Inggeris.
Jangan terlalu mengharap pulangan yang besar atau dengan cepat. Semuanya bergantung kepada pengisian yang anda masukkan dalam laman web anda. Jangan sesekali salin isi laman web atau blog orang lain. Google mempunyai rekod isi laman yang besar dan meluas. Google tahu hasil ciplak. Ini akan merendahkan "rank" dalam carian Google dan mungkin menyebabkan akaun Adsense anda boleh ditutup.
Jangan cuba menlanggar syarat penyertaan Adsense. Google mempunyai polisi yang ketat. Yang penting asli dan selalu menulis. Lambat laun hasilnya adalah cukup memadai.
Bagi anda yang berminat boleh gunakan kemudahan di Senserely.com bagi berkongsi trafik dan pengisian di mana tanpa perlu ada laman web, anda hanya perlu blog pengisian yang bermutu, maka trafik akan dikongsi sama rata antara semua yang berdaftar. Jika anda yang membawa trafik anda akan mendapat kelebihan. Rujukan sambungan laman web dibawah untuk pendaftaran dan maklumat lanjut.
http://www.senserely.com/referral/777778f1Pastikan anda sudah mempunyai akaun Adsense.
Ikuti lagi penulisan tentang Adsense dengan menyertai kumpulan email terhad di Tipswanita
http://www.wanita.us/tipswanita.phpArtikel Sebelum ini :
Jom Jimat Raya
http://www.wanita.us/jimatraya.phpBerhati-hati di Jalan Raya
http://www.wanita.us/hatidijalan.phpJimat Minyak Petrol
http://www.wanita.us/jimat-minyak-petrol.phpBerjimat Dengan Menjaga Kesihatan
http://www.wanita.us/jimat-sihat.phpCegah Jenayah Rogol
http://www.wanita.us/rogol.phpLain-lain Tips dan artikel
http://www.wanita.us/articles.phpMoga memberi manfaat untuk semua.
Sidang Pengarang Wanita Dot Us
http://www.wanita.us/29OKT2006
Iklan ---
Tandakan Wanita Dot Us dalam Bookmarks anda
http://www.wanita.us/bookmarks.phpAsian Dating Zone
http://dating.wanita.us/asian.phpUntuk tidak ketinggalan artikel dan tips yang berilmu dan menarik
http://groups.google.com/group/tipswanitaAtau hantarkan email kosong kepada
tipswanita-subscribe@googlegroups.com
This work is licensed under the Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License. To view a copy of this license, visit
http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/2.5/my/ or send a letter to Creative Commons, 543 Howard Street, 5th Floor, San Francisco, California, 94105, USA.